Hampir dua bulan aku duduk di rumah untuk cuti semester, kini tiba masanya aku pulang ke UiTM Merbok untuk menyambung pengajian aku untuk semester kedua pula.. Masa berlalu begitu pantas sekali sampaikan terkadang aku tak mampu mengikut arus masa.. Namun kesedihan untuk meninggalkan kampung halaman, tidak dapat aku sembunyikan lagi.. kadangkala bisikan jahat syaitan, sering menyuruh aku supaya tidak pulang ke sana lagi, dan sekadar bekerja disini.. Namun aku punya seribu cita-cita yang harus aku laksanakan sebagai seorang pelajar dan juga insan.. Aku harus menuntut ilmu untuk menegakkan maruah bangsa aku yang kian lemah dimamah kemodenan..
Seduhnyer...Allah saja yang tahu, apakah yang berada di dalam hati aku ni.. tiada siapa yang mendengar keluh hati yang sangat sarat dengan perasaan yang kekadang aku sendiri tak tahu apakah itu.. Namun, aku hsrus mengharunginya juga.. Sebab untuk menikmati kesenangan kita haruslah berdepan dengan kepayahan.. Aku ingin sekali menjadikan impian aku sebagai sebuah realiti, bukan sekadar ceritera dongeng yang hanya lisan berbicara.. aku akan jadikan ianya satu kenyataan kerana aku mampu menakluki bukit impian itu.. Aku pasti!!!
Friday, November 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment